RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday 26 January 2013

Enam Remaja dikehendaki Polis


Akibat terlanggar bahu ketika sedang melangkah keluar dari sebuah kedai di Kawadan Rehat Seremban, Enam Remaja bertindak membelasah seorang Lelaki yang bekerja sebagai perniaga sehingga mengalami kecederaan parah di muka dan Kepala dalam kejadian pada 14 November Tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai berkata, Dalam kejadian pada pukul 2.30 pago itu, Salah seorang dari remaja itu tidak berpuas hati kerana lelaki terbabit telah melanggar bahunya dan akibat insiden itu, Remaja tersebut telah memanggil rakannya sebelum mereka bertindak memukul mangsa beramai-ramai.




"Ekoran kejadian itu, peniaga berkenaan mengalami kecederaan serius di muka dan kepala. Polis yang menerima laporan mangsa kemudian telah membuat operasi sebelum berjaya menahan salah seorang suspek di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 30 November tahun lalu.

"Kita sedang mencari enam lagi rakan suspek yang berasal dari Kuala Lumpur dan Selangor untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu merusuh," katanya di sini semalam.
Mereka yang dicari ialah Mohd. Hafiz Azahari, 20; Mohd. Fadly Ab. Manap, 24; Muhamad Zulfikar Annuar Roslan, 22; Lukman Zailan, 22; Ahmad Shafiq Chee Mee, 23 dan Nik Mohamad Hamidi Nik Mohamad Shor, 23.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana enam pemuda tersebut berada supaya menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-758 3222 bagi membantu siasatan.

Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...